Tuesday, August 28, 2007

APAKAH MASALAH KESIHATAN YANG BIASA DI HADAPI KAUM LELAKI HARI INI ??

  1. JANGKITAN SALURAN KENCING (UTI)- UTI ialah istilah umum yang merujuk kepada jangkitan sistem urinari, dengan kehadiran bakteria dan nanah di dalam kencing. Biasanya ia berpunca daripada penjajahan bakteria di saluran kencing, walaupun jangkitan kulat atau kenis lain juga biasa berlaku.
  2. BENINGNA PROSTAT HIPERPLASIA (BPH)- Kelenjar prostat ialah bahagian yang penting dalam organ pembiakan .Apabila lelaki semakin berusia, kelenjar prostat mungkin membesar secara perlahan-lahan dan menyebabkannya susah untuk kencing- suatu keadaan yang di kenali sebagai benigna prostik hipertrofi (BPH). Kajian menganggarkan bahawa sehingga 50% daripada lelaki akan menghidap BPH,. dan menjelang usia 70an, jumlah ini barangkali akan meningkat sehingga kira-kira 80%. BPH ialah sebahagian daripada proses penuaan dan selalunya di sebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dan faktor pertumbuhan sel.
  3. KANSER PROSTAT - Sering menyerang lelaki pada sekitar usia 45 tahun dan merupakan kanser yang paling biasa dalam kalangan lelaki.Ia biasanyamenular secara perlahan dan melibatkan kelenjar prostat, tetapi jika di biarkan,ia akan merebak ke organ lain. Nampaknya punca berkait rapat dengan diet yang tinggi lemak, banyak makan daging dan kurang sayuran
  4. KANSER TESTIS- Sering menyerang lelaki muda antara usia 20 hingga 39 tahun. Kanser testis jarang sekali menimbulkan kesakitan, menyebabkan banyak daripadanya tidak terdiagnos sehingga ia sudahmerebak kerana lelaki biasanya mengabaikan kesakitan dan bengkak di testis sehingga ia menjadi mudarat. Simtomnya termasuklah kesakitan, bengkak atau berkettul di dalam testis.
  5. Ejakulasi Pramatang- Berdasarkan sebuah kajian yang di siarkan, kira2 30% daripada lelaki di seluruh dunia di ganggu oleh ejakulasi pramatang. Ejakulasi pramatang boleh ditunjukan secara tepat kepada masalah psikologi - pengalaman seksual awal myngkin membentukn satu corak yang susah di ubah kemudian hari- ataupun erektil disfungsi, kerisauan dan masalah biologi. Rawatannya termasuklah terapi, teknik dan perubatan, ubat antikemurungan, krim anestetik dan psikoterapi.
  6. Pengiraan Sperma yang Rendah- Kiraan sperma yang rendah boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti tekanan, toksin, merokok, alkohol, dadah dan gen keturunan.
  7. Impotens (Erektil Disfungsi)- Biasa berlaku dalam kalangan mereka yang berusia lebih 65 tahun, tetapi juga berlaku pada mana-mana peringkat usia. Selalunya ED menggangu imej diri lelaki tersebut dan juga kehidupan seksual pasangannya,

No comments: