skip to main |
skip to sidebar
APAKAH MASALAH KESIHATAN YANG BIASA DI HADAPI KAUM LELAKI HARI INI ??
- JANGKITAN SALURAN KENCING (UTI)- UTI ialah istilah umum yang merujuk kepada jangkitan sistem urinari, dengan kehadiran bakteria dan nanah di dalam kencing. Biasanya ia berpunca daripada penjajahan bakteria di saluran kencing, walaupun jangkitan kulat atau kenis lain juga biasa berlaku.
- BENINGNA PROSTAT HIPERPLASIA (BPH)- Kelenjar prostat ialah bahagian yang penting dalam organ pembiakan .Apabila lelaki semakin berusia, kelenjar prostat mungkin membesar secara perlahan-lahan dan menyebabkannya susah untuk kencing- suatu keadaan yang di kenali sebagai benigna prostik hipertrofi (BPH). Kajian menganggarkan bahawa sehingga 50% daripada lelaki akan menghidap BPH,. dan menjelang usia 70an, jumlah ini barangkali akan meningkat sehingga kira-kira 80%. BPH ialah sebahagian daripada proses penuaan dan selalunya di sebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dan faktor pertumbuhan sel.
- KANSER PROSTAT - Sering menyerang lelaki pada sekitar usia 45 tahun dan merupakan kanser yang paling biasa dalam kalangan lelaki.Ia biasanyamenular secara perlahan dan melibatkan kelenjar prostat, tetapi jika di biarkan,ia akan merebak ke organ lain. Nampaknya punca berkait rapat dengan diet yang tinggi lemak, banyak makan daging dan kurang sayuran
- KANSER TESTIS- Sering menyerang lelaki muda antara usia 20 hingga 39 tahun. Kanser testis jarang sekali menimbulkan kesakitan, menyebabkan banyak daripadanya tidak terdiagnos sehingga ia sudahmerebak kerana lelaki biasanya mengabaikan kesakitan dan bengkak di testis sehingga ia menjadi mudarat. Simtomnya termasuklah kesakitan, bengkak atau berkettul di dalam testis.
- Ejakulasi Pramatang- Berdasarkan sebuah kajian yang di siarkan, kira2 30% daripada lelaki di seluruh dunia di ganggu oleh ejakulasi pramatang. Ejakulasi pramatang boleh ditunjukan secara tepat kepada masalah psikologi - pengalaman seksual awal myngkin membentukn satu corak yang susah di ubah kemudian hari- ataupun erektil disfungsi, kerisauan dan masalah biologi. Rawatannya termasuklah terapi, teknik dan perubatan, ubat antikemurungan, krim anestetik dan psikoterapi.
- Pengiraan Sperma yang Rendah- Kiraan sperma yang rendah boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti tekanan, toksin, merokok, alkohol, dadah dan gen keturunan.
- Impotens (Erektil Disfungsi)- Biasa berlaku dalam kalangan mereka yang berusia lebih 65 tahun, tetapi juga berlaku pada mana-mana peringkat usia. Selalunya ED menggangu imej diri lelaki tersebut dan juga kehidupan seksual pasangannya,
KESIHATAN LELAKI MASA UNTUKNYA DI PULIHARAIsu kesihatan lelaki semakin mendapat perhatian di seluruh dunia, khasnya di united Kingdom, Austria, Switzerland, australia dan Amerika Syarikat. Malah sejak 13 tahun yang lepas, Minggu kesihatan lelaki di anggap sebagai minggu yang penting di peringkat antarabangsa, termasuk hari Bapa.Terdapat banyak sebab kesihatan lelaki menjadi semakin penting. Kadar kematian lelaki lebih tinggi berbanding wanita daripada 10 punca utama kematian. Lelaki juga di dapati mati lebih muda berbanding wanita. Masalah yang paling besar bagi lelaki bukanlah kurang menjaga kesihatan pada peringkat usia muda mereka.Umum ketahui bahaw lelaki segan berjumpa dengan doktor dan lebih cenderung mengabaikan kesakitan atau simptom berbanding wanita. Oleh sebab itu, adalah lebih penting bagi lelaki menjadi proaktif terhadap kesihatan mereka. Di Asia terutamanya isu lelaki seperti masalah prostat dan fungsi pembiakan yang tidak sempurna jarang di perkatakan akibat rasa malu dan selalu menganggapnya sebagai sesuatu yang pantang di perbincangkan.Untuk menangani kebimbangan yang semakin mendesak ini, Elken telah melancarkan PALACE PRIME yang bau, di rumus khas untuk kaum lelaki. Sama seperti adanya herba khas untuk membantu kesihatan wanita, PALACE PRIME mengandungi 8 herba perlu yang dipilih khas untuk faedah kesihatan lelaki yang bertujuan menyelesaikan masalah kesihatan umum lelaki.Sejajar dengan Terpai Pembahruan Molekul (MRT) Elken yang holistik, PALACE PRIME bertindak memberikan nutrien yang penting untuk memelihara kesihatan badan dan membantu memulihkan kerosakan atau kecacatan fungsi serta meningkat kecergasan mereka dengan meningkatkan kesihatan mereka secara menyeluruh.PALACE PRIME juga merupakan tonik tanpa alkohol yang pertama di pasaran untuk meningkatkan kecergasan lelaki, dan pensijilan halalnya menjadikannya sesuai untuk kegunaan penganut yang beragama Islam.Dengan PALACE PRIME, lelaki kini mempunyai pilihan untuk menjaga kesihatan mereka dengan nutrisi yang membantu mengembalikan fungsi badan serta menyuburkan organ-organ dalaman mereka. Memandangkan kaum lelaki sentiasa sibuk dengan jadual kerja dan kperluan mereka terhadap khasiat yang segara, Elken juga telah mengambil kira pembungkusan PALACE PRIME dalam botol yang mudah di bawa dengan formula pekat nutrien bersinergi. Kerana membolehkan anda menikmati keunggulan hidup adalah misi keutamaan kami.